Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kala resah lena beradu
Dihimpit malam kian kelabu
Mencari bintang yang satu
Di balik mimpi nan membeku
Namun jua tak bertemu

Sekilas dipupuk renda bayu
Alam pun terus membisu
Kala sepi datang bertamu
Kelam hatiku berlagu sendu
Menjemput impian sketsa rindu

Bertandang memori kenangan lalu
Lembarannya deras terus menganggu menganggu
Menyusup di ruang rongga sanubariku
Bagaikan dedaun gugur satu persatu
Destinasiku tiada berhala arah tuju




Basnah Anna Hassan
15/2/2012
Singapura

Categories:

Leave a Reply