Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kehadiran yang tiada
Wujud tapi tidak nyata
Bagaikan bayangan senja
Mampirnya hanya seketika
Hilangnya pula sekelip mata

Menyusur malam kian menjelma
Kelam bertemankan gelita
Sepi sarat tanpa suara
Mengundang gerhana jiwa
Tanpa bahasa menyulam kata

Menanti purnama bercahaya
Menerangi sekujur sudut semesta
Membawa khabar berita gembira
Mengakhiri perjalanan segala duka
Bahang dari bahana bara derita


Basnah Anna Hassan
15/2/2012
Singapura

Categories:

Leave a Reply