Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan



Dimana cintamu yang setia
Sedangkan kala mencarimu tiada
Gurisan rasa hati kian hampa
Namun bagi tidak mengapa
Ku terima dengan penuh rela

Demi abadinya sebuah cinta
Biarpun mengharungi lautan bara
Mahupun pisau membelah dada
Akan tabah ku hadapi jua
Di hati telah pun kau bertahta

Kerna aku yakin dan percaya
Suatu masa kau kembali semula
Menghapuskan segala derita
Membawa bersama sinar bahagia
Meski nafasku di hujung nyawa berada.

Categories:

Leave a Reply