Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Sampaikanlah salam kerinduan
Membawa khabar dari kejauhan
Mengirimkan berita kepastian
Sabar menanti dalam kesetiaan


Janganlah mekar cinta kelayuan
Sesaat dalam rimba pertikaian
Terukir janji kukuh berpaduan
Tak mungkin luntur dalam kemungkiran

Keikhlasan titisan kejujuran
Galaslah cangkir kepercayaan
Menjulang piala pengharapan
Terubat rindu dalam belaian

Menjadi pelamin kebahagiaan
Menghapuskan tirai kesengsaraan.

Categories:

Leave a Reply