Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kala sepi keseorangan
Mengamit ribuan kenangan
Menganggu di sudut ingatan
Menghimpit kamar perasaan

Mana letaknya kesilapan
Lantas menjadi kesalahan
Kehangatan layu berterbangan
Kemesraan tiada lagi dirasakan

Tinggal cuma ruang kedinginan
Keberdekatan mendakap kejauhan
Sekelumit rindu jatuh berkulaian
Diselimuti langsir kebosanan



Tika keterbatasan menjadi alasan
Keinginan sekadar sandaran
Dapatkah impian terlaksanakan
Andainya dibaluti belenggu berterusan

Tiada lagi erti percintaan
Kala hati dipagari sempadan
Nada jiwa tak lagi beriringan
Melodi kasih hilang keselarasan.

Categories:

Leave a Reply