Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Terpaut arah persimpangan dilemma
Tika usia beranjak menuju senja
Dunia bagaikan tiada bermakna
Menghalau malam yang gelita

Cenggerik enggan mengisi suasana
Kunang-kunang pupus tanpa cahaya
Sarang labah-labah tidak lagi terbina
Kelkatu pun berguguran sayapnya
Ada cuma keheningan kian hampa

Bumi tinggal kosong tiada bernyawa
Pudar dari lukisan corak warna
Gunung-ganang kian pula merata
Tika gugusan api berlumba-lumba
Mencari teduhan keabadian pusara

Mungkinkah mentari menjelma semula
Mendakap lembut bulan purnama
Menghitung kerdipan bintang kejora
Menghidupkan kembali bunga-bunga syurga
Agar utuh kedamaian indahnya pawana.

Categories:

Leave a Reply