Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Nurlydiana,Nuralif,Nur Ariffin & Nurhuda
Siti Khadijah-Dalam Ingatan
Wahai putera puteri mahkota bonda
Cepatlah tumbuh menjejaki dewasa
Gagah dan tabah menempuhi hari muka
Mengharungi badai rintangan semasa
Langkahmu waspada tanpa prasangka

Tanamkanlah itu memenuhi ruang dada
Cahaya penyuluhmu tika dalam gelita
Semangatmu teguh berhati sekeras waja
Jangan sesekali mudah dikau terleka
Di belenggu drama sandiwara dunia

Wahai putera puteri mahkota bonda
Membesarlah dirimu dengan ceria
Usah dirundung oleh duka dan lara
Hanya kerana gusar dilanda derita
Tanpa ragu mampu kau menghadapinya

Menghuraikan lingkaran bara sengsara
Tanpa kelam jiwa yang bergelora
Tidak kan tenggelam dalam tangisan hiba
Berani merenangi lautan dugaan melanda
Anggaplah segalanya bagai telaga jenaka

Wahai putera puteri mahkota bonda
Jadilah piala harapan nusa bangsa
Di tanganmu tergenggam obor cinta
Sinar pelita yang memberikan cahaya
Jagalah api cinta agar terus menyala

Semarakkan suci kasih sayang bonda
Walaupun di mana jua kini kau berada
Doaku mengiringmu sepanjang masa
Tapi ingat!Kebesaran Tuhan Yang Esa
Janganlah pernah sesekali engkau lupa

We Shall never be alone
As we link our hearts in one
Joining voices from above
All in the miracle of life
Through the ages we will grow
Only time will ever know
As our voices magnify
All in the miracle of life


Basnah Anna Hassan
5/5/2011
Singapura

Categories:

Leave a Reply