Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Sendirian di pagi yang menyepi
Sedih hati merintih pedih
Mengharap pada yang tak pasti
Tatkala kasih jauh tersisih
Pada jenang perisian tak bertepi

Tika hanyut bahtera tanpa kemudi
Dipukul gelombang lautan berduri
Gumpalan tragedi semakin meninggi
Membenamkan sauh cinta suci
Menuju arah tanpa destinasi

Janji-janji musnah dimungkiri
Segunung harapan berkecailah kini
Bersemi kasih tiada lagi bererti
Kekosongan terisi terjahan panah berduri
Luka di hati kian sukar untuk diubati.

Categories:

Leave a Reply