Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan




Lahirmu membawa sinar cahaya
Menerangi kegelapan warna dunia
Akhlakmu tumbuh dalam sejahtera
Meski dewasamu tanpa kedua ibubapa
Kewujudanmu telah dijanjikan Yang Maha Esa

Budimu lembut luhur dalam bicara
Hati tiada tercemar dek setitis noda
Setiap nada suara sopan terjaga
Tiada sifat-sifat yang tercela
Bersamamu para sahabat sentiasa gembira

Kaulah insan yang teramat istimewa
Walau di mana juga kau berada
Disayangi dan disegani oleh semua
Sahabat yang akrab dan setia
Batas kesabaranmu sungguh luarbiasa

Amarah dan dendam tiada terbina
Keimananmu mutlak amat terpelihara
Kejujuranmu tiada tolak bandingan
Bijaksana membina mahkota rumahtangga
Menjadi lambang keluarga bahagia

Muhammad namamu indah tercipta
Teguh menjulang menara tiang agama
Berdakwah tanpa adanya gentar rasa
Tiada wujudnya kamus berputus asa
Tika merentangi perjalanan masa

Tiada gentar mengharungi landaan gelora
Nasib umat-umatmu sentiasa terbela
Menjauhkan mereka dari bahang api neraka
Mendekatkan laluan menuju ke syurga
Kau pemimpin yang tulus berwibawa

Tanpa sedikitpun cacat atau cela
Manusia yang paling sempurna
Menjadi Rasul junjungan yang mulia
Anugerah Maha Pencipta untuk dunia
Kewafatanmu tiada lagi penggantinya


Selawat dan salam buatmu,para sahabat dan keluarga
Amin.......amin......amin
Ya Rabbal Alamin....

Categories:

Leave a Reply