Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Kala cinta untukmu di hati bersemi
Tiada lagi daya untuk ku bohongi
Rasa ini tak mampu untuk ku selindungi
Sukar untuk disembunyikan lagi
Tanpa paksaan hadirnya dengan sendiri

Semakin gerbang hati cuba ku kunci
Semakin sanubariku digoyahi
Getarannya menyusup dakapan naluri
Gagal pula untuk ku bendungi
Walau dulu pernah aku dilukai

Persada cintaku tumbuh bercambah kembali
Kembang mekar saban hari
Tak terbakar dek bahang mentari
Tak basah dek hujan yang membasahi
Berbunga tak lagi terhalangi

Lantas kini aku mengerti
Hakikat cinta murni sejati
Meski ianya datang dan pergi
Hadirnya pula silih berganti
Haruslah ianya terus dihargai

Kehidupan di dunia dijadikan berpasang-pasangan.
Dalam cinta ada suka dan duka,ada tangisan dan tawa,ada bahagia dan derita,ada ceria dan luka.
INILAH HAKIKAT CINTA YANG BERPASANGAN.

Categories:

Leave a Reply