Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Membina ciciran taburan harapan
Tidak semudah mengutip gugurnya dedaun
Atau bagai memintal kapas menjadi benang sulaman
Segalanya harus kembali dari awal perjalanan

Berbekalkan semangat keteguhan dalaman
Merintasi denai onak berlikunya cabaran
Meninggalkan pasti masa silam dalam kenangan
Kegagalan dijadi lembaran sumber pelajaran


Melepaskan igauan bayangan awan kehitaman
Membebaskan diri dari rekahan cermin kekeruhan
Keluarlah dari segala rantaian belenggu perasaan
Minda perlu melangkah menuju arah kedewasaan

Berbekalkanlah cebisan-cebisan cahaya pedoman
Usahlah sesekali tersesat lagi di persimpangan
Tenanglah menyusur dermaga muara kesabaran
Dalam renangan keluasan lautan keyakinan
Akhirnya kejayaan pasti berada dalam genggaman tangan.



Categories:

Leave a Reply