Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Diari cinta kita telah berakhir sekian lama
Pergiku bersama rela tanpa dipinta
Rencana Tuhan tiada pernah terduga
Dengan ikhlas segalanya kuterima

Walau menahan sakit dalam derita
Diari cinta kita berakhir sekian lama
Bersama si dia doaku muga kau bahagia
Membina bahtera mahligai bersama


Di sudut doa kutemukan makna
Alunan sepi terperangkap dalam kembara
Sampai waktu buatku terpana
Kini aku tenggelam dalam telaga bahagia

Di sudut kata kusambut gembira
Aku terbang tinggi gapai asa
Yang telah lalu tak urungkan niat rasa
Kini cinta itu telah temukan bentuknya.

Categories:

Leave a Reply