Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

(Ditujukan khas kepada teman-teman AVSO Certis Cisco)


Apa yang ada pada posisi
Andainya hanya untuk dicemari
Apalah guna kepimpinan demokrasi
Andai akal mindamu masih dijajahi
Hatimu dipenjara dek gerigi besi

Apakah gunanya berjawatan tinggi
Jika tindakmu hanya untuk menguasi
Tingkah laku bongkak teramat keji
Kau menjadi lambang sumber hiprokasi

Apakah masih ada kecantikan dalam diri
Jika kehitaman membaluti hati suci
Rendah pribadimu hina lagi keji
Tiada bayangan ketulusan rohani
Tika kelakuanmu menindas sesama sendiri

Apakah perlu harus kau dihormati
Sedangkan tidak tahu menghormati
Haruskah perlu dirimu dihargai
Sedangkan kau enggan pula menghargai
Teman-temanmu yang ada di sisi

Layakkah kau untuk digelar insani
Tatkala kezaliman yang kau genggami
Melihatmu ramai orang menjadi benci
Kesilapanmu pula enggan dimaafi
Walau pun sehingga kau telah mati

Cerminlah dirimu pandanglah hati
Mahukah matimu serba dalam inflasi
Amalanmu tinggal cumalah bankrupsi
Tiada bakti yang dapat menemani
Hidupmu ternyata tiada membawa erti

Cubalah lagi kau renungi kembali
Apakah lahirmu untuk wujud begini
Mengingkari setiap janjimu pada Ilahi
Hidupmu diselimuti penuh hasad dengki
Bekalanmu untuk di akhirat nanti.

Categories:

Leave a Reply