Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Wahai kau bunga yang malang
Dalam buaian cinta kau kecundang
Layumu enggan lagi kembang
Kini terdampar mencari jalan pulang
Dipersimpangan berliku kau terhadang

Wahai kau bunga yang malang
Kebencianmu biarlah jauh terbuang
Perjalananmu masih panjang
Di hadapan ada harapan menjelang
Jangan pergi kasihmu dibiar menghilang

Wahai kau bunga yang malang
Kembaramu tujulah arah gemilang
Teruskanlah teruskan sayang
Usah tergoda dek kumbang yang menghalang
Biarlah mereka cuma mampu memandang

Wahai kau bunga yang malang
Jelahlah pagi menjemput siang
Sinaran indah kan pasti kau jelang
Ketika itu pasti kasihmu berlagu riang
Di angkasa bebas kau kan terbang.

(Ternyata bunga yang malang itu aku,layu sebelum berkembang.)


Basnah Anna Hassan
11/4/2011
Singapura

Categories:

Leave a Reply