Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Renda jalur perjalanan masa
Mengheret langkah yang tak bermaya
Kepahitan hempedu membalut dada
Tiada tertahan menampung rasa
Sakit jiwa raga kian tersiksa

Taman cinta dulunya mekar berbunga
Kini layu berguguran semuanya
Meski setiap hari disiram dan dibaja
Kelopak kasihnya kini menjadi pudar hampa
Mungkinkah dapat kembali subur semula

Walau berdarah linangan titisan airmata
Tidak pernah akan dapat membasuh luka
Mahupun untuk merawat radang lara
Yang telah sekian lama singgah bertahta
Kini menyusup memamah lemah seluruh anggota

Namun segalanya ku terima seadanya
Hakikatnya kita bukanlah insan sempurna
Kesilapan dan kesalahan sentiasa pasti ada
Dilakukan di luar dugaan tanpa sengaja
Muga tak lagi terulang kembali untuk kali kedua


Basnah Anna Hassan
11/4/2011
Singapura

Categories:

Leave a Reply