Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Hati ini terbina penuh kelukaan
Menampung banjiran kedukaan
Menakung pelbagai kesakitan
Merintasi ranting dawai kekejaman
Kini luluh berderai dek kerapuhan

Begitu mudah dicuit kemarahan
Tersinggung bersama keterlaluan
Menjadi empangan dermaga kelemahan
Seringkali dihujani butiran tangisan
Angkara naungan telaga kebodohan

Ingin mencurahkan rasa kekesalan
Namun di mana untuk diperlabuhkan
Pada lantai dunia penuh kefanaan
Pada yang tak berperikemanusiaan
Atau pada susila asalnya keturunan

Diri ini tercipta penuh kelumpuhan
Terlahir tanpa pintaan atau kemahuan
Miskin dalam bentuk rasa kedewasaan
Tercipta dalam rangkaian tulang kecacatan
Tidak akan pernah terbinanya tugu kesempurnaan
Pada hakikat paradigma sebuah kenyataan




Basnah Anna Hassan
5/4/2011
Singapura

Categories:

Leave a Reply