Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan



Masihkah lagi ada rasa cinta
Buat diriku untuk dirimu kekasih
Sedangkan dalam cinta ini ku terluka
Kemesraan terlalu jauh tersisih
Riwayat sendu mendalam bertasbih

Masihkah lagi ada rasa cinta
Kala seruling kasih dibaluti duka
Penuh dendam dan amarah
Hati kini berselimutkan nyanyian duka
Sinar harapan kian kelamlah sudah
Semua impian berkuburlah musnah

Masihkah lagi ada rasa cinta
Tika mentari tidak lagi semesra
Rembulan pula enggan lagi ceria
Kilauan bintang tidak lagi bercahaya
Lilin cinta kita padam tidak bernyala

Masihkah lagi ada rasa cinta
Tatkala jurang pemisah jelas ketara
Jalinan kasih sentiasa bergelora pula
Di langit ribut ganas melanda
Pemberi petanda kehancuran bakal tiba

Masihkah lagi ada rasa cinta
Tika bayu berhembus pergi bersahaja
Meninggalkan gemuruh di dalam dada
Saat mengalir hujan antara airmata
Percintaan kita hanya mengundang sengsara
Tiada makna janjian bahagia

Masihkah lagi ada rasa cinta
Kala aku kau biarkan sakit menderita
Kejujuran kasihku bagimu tiada bermakna
Hanya kerana dia yang tanpa asal usulnya
Aku menjadi mangsa kekeruhan suasana

Masihkah lagi ada rasa cinta
Buatku untukmu kekasih selamanya
Katakanlah dengan sejujur-jujurnya
Agar bisa ku padamkan kehangatannya
Menjadi dingin membeku tanpa naluri rasa.

Categories:

Leave a Reply