Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Dimensi cinta penuh misteri
Pelbagai rahsia yang tersembunyi
Ingin sekali ku kupas dan memahami
Dalam mencari nilai seribu erti
Namun jawapnya tak pernah ku temui

Lantas ku tenggelam dalam sepi
Menyatu antara langit dan bumi
Langkah demi langkah ku susuri
Mencari dan terus jua mencari
Identiti diri semakin jauh pula pergi

Akhirnya ku lakar kesimpulan sendiri
Berbekalkan naluri dan kejernihan isi hati
Merenangi kudrat kehalusan sanubari
Tatkala mengalir cinta tumbuh bersemi
Di mana air sungai berlinangan tanpa henti

Menyirami keindahan budi pekerti
Membina impian bayangan lakaran mimpi
Tanpa adanya dendam dan rasa benci
Walaupun pernah hati disakiti
Mempelopori kebeningan cinta suci
Biarlah di sini tumbuh dan terus bersemi
Hingga akhir nanti takkan pernah lagi mati.

Basnah Anna Hassan
18/4/2011
Singapura


Categories:

Leave a Reply