Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Sejambak mawar merah
Di hari istimewa kuterima
Menjadi sebuah tanda tanya
Pemberian yang tiada bernama
Siapakah gerangan si pengirimnya

Sejambak mawar merah
Di hari istimewa kuterima
Tiada ucapan pengungkap kata
Mewakili si pengirim bunganya
Adakah tersimpan maksud seribu makna

Sejambak mawar merah
Di hari istimewa kuterima
Terlalu sukarnya untukku menerka
Siapakah gerangan si tuan empunya
Meskipun kami rakan sekerja

Sejambak mawar merah
Di hari istimewa kuterima
Kuharap tiada mengandung rahsia
Mahupun pendaman ungkapan rasa
Ataupun madah curahan rasa cinta

Sejambak mawar merah
Di hari istimewa kuterima
Ingin kukembalikan tapi pada siapa
Menerimanya pasti mengundang salah sangka
Akan menyebabkan ada hati yang terluka

Sejambak mawar merah
Di hari istimewa kuterima
Tidak mungkin cintaku terbahagi dua
Tidakkah kau tahu diri ini sudah berpunya
Cintaku milik si dia selamanya

Sejambak mawar merah
Di hari istimewa kuterima
Akhirnya kubuangkan semua
Mungkin ini lebih bijaksana
Kerna bagiku pemberian ini tiada berharga.

Categories:

Leave a Reply