Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Puisiku......tanpa sengaja
Menjadi peluru balang persengketaan
Pemusnah heningnya sebuah kedamaian
Mercu lambang menara kehancuran
Bagai piala simbol ajal kematian

Puisiku.....tanpa sengaja
Dulu menggambarkan keindahan
Kini menjadi bebayang kemusnahan
Menbenamkan cahaya sinar pengharapan
Menghanyutkan puing bebola impian

Puisiku.....tanpa sengaja
Ternyata hanyalah madah kekelaman
Tiada lagi indah lukisan kecintaan
Lenyaplah sudah kanta kemanisan
Yang tinggal cuma kalam kelukaan

Puisiku.....tanpa sengaja
Mengundang wajah pembawa kecelakaan
Menjemput hangat bara kedendaman
Mengundang perih pedihnya kesakitan
Terciptanya catatan lakaran kebencian

Puisiku.....tanpa sengaja
Kini bagaikan menjadi sebuah kesalahan
Hanya kerana telah disalah ertikan
Sedangkan kau hanya karya ilham penulisan

Puisiku.....tanpa sengaja
Ingin selamanya kau kutinggalkan
Meski hati ini penuh dengan keberatan
Kerana hanya kaulah teman kesetiaan
Menemaniku di sepanjang kehidupan

Puisiku......tanpa sengaja
Bersamamu kuharungi ceria kegembiraan
Berpelukan dalam getir kesedihan
Bermesra mengharungi belaian percintaan
Berdakapan membina harapan mahkota impian

Puisiku......tanpa kerelaan
Selamat tinggal dan selamat jalan kuucapkan
Biar berat hati untuk kau ku lepaskan
Pengorbanan ini harus ikhlas ku lakukan
Agar tiada yang merasa diri diperhambakan
Hanya kerana kau menjadi puisi larangan.

Categories:

Leave a Reply