Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Kerinduan ingin ku sampaikan
Kala hadir cinta di persisiran
Menyapa angin dari kejauhan
Menemani sepi ruang kemesraan
Tika kasih melambai dalam kesayuan

Merantai ombak dan pantai berpelukan
Kala hilangnya irama kecintaan
Menjejaki suram bayangan impian
Membina rapuh jendela tirai pengharapan
Mengharapkan penantian tidak lagi berpanjangan

Muga kerinduan ini bertemu sebuah pelabuhan
Merasakan indahnya erti kedamaian
Menghayati tenangnya gurindam kejiwaan
Meleraikan sangsi empayer kegundahan

Menjadikan kita pasangan lambang keterpisahan
Meneguk cangkir piala keracunan
Sedangkan madunya telah berserakan
Setitis demi setitis kian berkeringan

Tanpa lagi ada rasa kemanisan.
Semuanya hambar tiada berkesan
Cinta kita tiada lagi berkesampaian
Kini menjadi tragedi kedukaan
Berakhirlah impian dalam pengharapan

Categories:

Leave a Reply