Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan



Dunia oh dunia
Damaimu hilang ke mana
Kini ceriamu telah tiada
Senyumanmu hambar belaka
Menyaksikan kekejaman manusia

Dunia oh dunia
Kehancuran semakin kian melanda
Si kecil banyak menjadi mangsa
Entah apa salah dan dosa mereka
Tangan-tangan amal kini alpa

Dunia oh dunia
Perebutan kuasa kian melata
Tindas menindas antara sesama
Kematangan hilang tanpa dewasa
Semua hancur lebur tiada bersisa

Dunia oh dunia
Nafsu kebuasan membuat angkara
Kebenaran tertutup dikaburi dusta
Rangkaian kata hanyalah tangisan senda
Ternyata semuanya kosong belaka

Dunia oh dunia
Senjata digenggam bagaikan permainan senja
Helaian matawang kian berkuasa
Titisan darah tidak memberi makna
Nyawa tiada lagi nilai harganya

Dunia oh dunia
Kehancuran mengapa bermaharajalela
Kericuhan dimana-mana pasti ada
Keganasan bencana kian ganas bertahta
Bagaikan isyarat memberi petanda

Dunia oh dunia
Berkekalan tiada mungkin kan lama
Terhimpit gelora mendekat kian mendera
Pada waktu yang sementara cuma
Kemusnahan semakin kian hampir menjelma

Dunia oh dunia
Ranap semua bakal tiada lagi tersisa
Hilang dalam sekelipnya mata
Keindahannya terlerai tiada lagi bermaya
Tenggelamlah sudah semua di akhir masa!

Categories:

Leave a Reply