Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Bahasa cinta ini
Kian pudar menyepi
Bersama peredaran hari
Pada carikkan sebuah mimpi
Mengapai bayangan yang tak pasti

Bahasa cinta ini
Terlalu sukar untuk difahami
Teramat payah untuk dimengerti
Hasratnya terlalu jauh tersembunyi
Di pendalaman muara lubuk hati

Bahasa cinta ini
Terpatri oleh sumpah dan janji
Beningnya sesejuk air di kali
Bahangnya sehangat terik mentari
Serinya seindah warna pelangi

Bahasa cinta ini
Sulaman gubahan rasa sanubari
Lahir dari gurindam semaian puisi
Menghiasi kamar lautan sanubari
Bergetaran denyutan mengalir pada nadi
Sayangnya tak ada yang ambil peduli. 

Categories:

Leave a Reply