Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Sejak dari pertemuan bermula
Kuyakin di sini ada cinta
Tersirat di antara kita
Tumbuh bercambah tanpa sengaja
Tanpa dipaksa mahupun dipinta

Di sinilah bermula awal cerita
Bersama menjelah kasih yang ada
Walau jauh dari pandangan mata
Di hati mekar sentiasa teruja
Bibit-bibit cinta mekar berbunga

Hanya kita yang dapat merasakannya
Akan ianya kelak sampai di mana
Dalam kamar penjara sangkar derita
Atau di neraca ranjang mercu bahagia
Tika meniti titian keremangan waktu senja

Dalam pelayaran samarenda bahtera asmara
Membina bening kasih dermaga cipta
Lakaran lukisan terpatri dari jiwa
Menjadi catatan episode novella cinta
Terciptanya kasih impian benang sutera

Categories:

Leave a Reply