Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Lebar sayapmu memenuhi udara
Gagahmu kelihatan amat perkasa
Gabungan dari keutuhan besi waja
Lagakmu bagaikan sang wira
Mempamerkan kehebatan yang ada

Tidak mengira jangka detik masa
Berlegar di udara kau bersiap sedia
Meskipun melalui perubahan cuaca
Ratusan nyawa mampu kau bawa
Dalam keselamatan mereka terpelihara

S.I.A...
ringkasan dari sebuah nama
Kaulah penerbangan antarabangsa Singapura
Menjadi lambang kemegahan panji negara
Mengibarkan bendera yang di bawa
Nombor satu di mata dunia

Prestasimu sentiasa rapi terpelihara
Walau di mana jua pun kau berada
Namun jangan sesekali kau terlupa
Kemegahanmu hanyalah buat sementara
Di suatu waktu masanya pasti tiba
Rebahmu pasti menyembah maya persada.

Categories:

Leave a Reply