Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Dimanakah nanti rumahku
Dimanakah pula nanti rumahmu
Tak siapa pun yang tahu
Haruskah di sini kita termangu
Tanpa berusaha berbuat sesuatu

Dimanakah nanti rumahku
Dimanakah pula nanti rumahmu
Bukan penentunya sekadar waktu
Usahlah kusut dalam belenggu
Terpenjara dalam lautan buntu

Dimanakah nanti rumahku
Dimanakah nanti pula rumahmu
Akankah seribu tahun kita tunggu
Mengharap terang dalam awanan kelabu
Pasrah dan terdiam dalam lunggu

Dimanakah nanti rumahku
Dimanakah pula nanti rumahmu
Walau perjalanan jauh beribu batu
Tidak mungkin jawapannya kan bertemu
Walau pusaramu menanti tanpa jemu

Dimanakah nanti rumahku
Dimanakah pula nanti rumahmu
Hanya Dia memegang jawapan yang satu
Hanya Dialah yang menjadi penentu
Bukan kau mereka mahupun aku


Basnah Anna Hassan
5/2/2011
Singapura

Categories:

Leave a Reply