Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Biarlah bunga itu mekar di tangkainya
Terpelihara dan terjaga sepanjang masa
Mewarnai indah alam semesta
Dalam damai hati yang ceria
Menarik setiap pandangan mata

Biarlah bunga itu mekar di tangkainya
Disirami kemilau sinaran cinta
Tanpa secebis carikan titisan noda
Menyelimuti lingkaran ketenangan jiwa
Menyusuri hari dalam mendakap cita-cita

Biarlah bunga itu mekar di tangkainya
Menghiasi kedamaian taman-taman syurga
Tanpa salutan dendam kasih yang membara
Tanpa kepincangan aura cinta yang tercela
Dalam mendakap panorama lambaian penuh suka

Biarlah bunga itu mekar di tangkainya
Usahlah dibiar merunduk layu walau seketika
Menjadi mangsa tangan-tangan kumbang durjana
Yang setiap saat cuba menghisap madunya
Lalu meninggalkannya sendirian menanggung sengsara

Biarlah bunga itu mekar di tangkainya
Unik tersendiri menjelajah bahagia
Dalam sinopsis perkembangan dunia
Mengekalkan ayu keutuhan kelopak warnanya
Mengabadikan wangi aroma keharumannya
Hanya untuk dia jejaka yang teristimewa.

Categories:

Leave a Reply