Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

11 Januari.......
Membawa kenangan sebuah memori
Di sini cinta kita mula bersemi
Kau membuka kunci tersergam di hati
Menyingkap tabir rahsia yang tersembunyi

11 Januari......
Menjadi saksi sumpah dan janji
Menyemai ladang cinta kasih suci
Bersama mengharungi ombak ranjau penuh duri
Menyemaikan kemesraan cinta di hati

11 Januari......
Tercatat kalam kamus sebuah diari
Di bawah teduhan keindahan warna pelangi
Dibelai kelembutan jejari bayu pagi
Mekar cinta kita kian berseri

11 Januari......
Dalam pelayaran pelabuhan sebuah destinasi
Mengenggam harap impian sebuah mimpi
Seiringan bergandingan saling di sisi
Mengapai cipta mahligai istana pasti.



Categories:

Leave a Reply