Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan



Dian cintaku menyala sentiasa
Memberikan harapan sinar cahaya
Menerangi lelangit kamar raga
Menguntum kasih menyulam bunga cinta
Menyerikan taman hati yang teristimewa

Ditumbuhi cemara pepohonan mesra
Menyampaikan lembaran dedauan pesona
Mengirimkan salam huluran asmara
Menguntumkan mekar kasih nan berbunga
Bersemi menyusuri angkasa maya persada

Menguntum cintaku sepanjang masa
Hanya untukmu insan yang kudamba
Mengharungi bersama likuan derita
Dalam buih-buih cinta kian teruja
Melingkarkan kasih menyemai bahagia

Meski datangnya kemarau melanda
Tak mungkin tandus Gurun Sahara
Biar menghempas ombak badai bergelora
Pantai tidak mungkin berserakkan pepasirnya
Dalam keteguhan menjulang persisiran muara

Meski purnama pudar tanpa keindahan warna
Kegemerlapan bintang pasti kan menjelma
Menemani langit kala gundah gulana
Mengalihkan kelam pada nada wajah ceria

Muga nian terwujud impian terlaksana
Mengotakan tugu harapan penuh cinta
Bersama ketulusan hati nan rela
Kasih dan cinta tiada penghujung akhirnya
Terus berkekalan tanpa dimamah dek usia. 

Categories:

Leave a Reply