Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan





Dalam pentas kehidupan
Mengapa terjadi salah pilihan
Apakah ini sekadar kebetulan
Atau hanya secebis suratan
Inilah sketsa diari kehidupan

Namun masih mencari jawapan
Di antara berbagai persoalan
Membuang setiap kesempatan
Tenggelam dalam keegoan
Hanyut dalam kemunafikan

Mencari erti keikhlasan
Tiada bertemu titik ketulusan
Terselindung di balik kepura-puraan
Bertabirkan tirai kemanisan
Hidup dalam kehancuran

Masa depan dalam kekelaman
Menyusuri lorong kegelapan
Menempuhi titian berlumpuran
Mendabik dada dalam kemegahan
Hilang sifat peri kemanusiaan

Wahai insan ciptaan Tuhan
Jagalah kamu dalam keinsafan
Dunia hanya pinjaman
Suatu masa harus dikembalikan
Tiada sesuatu yang berkekalan
Tinggal cuma amal kebaikan

Di akhirat menjadi tuntutan
Apa telah kau perlakukan
Walau secebis tetap diperhitungkan
Pasti tiada bakal ketinggalan
Perhitungan dari segala amalan!

Categories:

Leave a Reply