Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan


Minggu lara pergi berkelana
Membebaskan bara api luka
Meleraikan puri-puri sengketa
Menjemput damai di antara kita
Membina semula pola-pola cinta

Lembaran kasih menguntum berbunga
Melebarkan sayap dedaun mesra
Mematahkan ranting-ranting sengketa
Mengukuhkan dahan-dahan asmara
Menancakkan akar kedewasaan minda

Memuncak rindu melayar bahtera
Meneraju sempadan samudera bergelora
Mengharungi lautan suka duka bersama
Memperbaharui kasih yang bertelaga
Menyemai semula bunga-bunga pesona

Meski kepedihan masih tetap terasa
Ku benamkan di lubuk kedalaman jiwa
Demi cinta kasih yang masih bertahta
Mencerahinya secara lebih dewasa
Membina semula kemesraan yang ada
Pada sisa-sisa cinta yang masih terpenjara.

Categories:

Leave a Reply