Kalam Tarian Cinta

Basnah Anna Hassan

Aku bukan boneka pepatung cinta Membuka pintu hati untuk dipersia Sejak mula kuungkapkan bicara jiwa Di antara kita jangan pernah ada dusta Jangan ada janji tidak mampu diperkota Aku bukan boneka pepatung cinta Diperlukan hanya tika waktu kau suka Dicampakkan kala bagimu tiada guna Aku juga ada sekeping naluri jiwa rasa Dalam diam luka kupendam bersahaja Aku bukan boneka pepatung cinta Sewenangnya hatiku kau guris luka Sentuhan cintamu nyata hanya berpura Terguris luka hatiku kini berdarah semula Terpenjara aku menjadi penanti yang setia Basnah Anna Hassan 27/6/2017 Singapura
Read More …

Seputih kemboja sewangi seroja Kelahiranmu disambut mesra Sepenuh kasih sayang kau dijaga Berkorban nyawa tidak mengapa Diberimu pendidikan sempurna Dunia serta agama tidak dilupa Setelah kau meningkat dewasa Pada ibubapa kau menderhaka Tergamak hati ibu kau guris luka Kasar sikapmu tiada lagi terkira Teganya melihat ibu sakit menderita Kerana pria yang kau anggap syurga Bagimu syurga serta neraka itu tiada Hanyut kau sendiri dalam dosa tercipta Kau enggan akui kewujudan yang Esa Tanpa sedar hidupmu terganggang bara Dalam kesima pentas sandiwara dunia Di hari muka tiada menjanjikan apa-apa Wahai anak derhaka........ Pulanglah segera kepada fitrahmu semula Pinta ibu.... sadar...... sadarlah kau segera Muga kekesalanmu tidak terlewat tiba...... Basnah Anna Hassan 27/6/2017 Singapura
Read More …

Dalam rimba airmata Belati memamah dada Luka membenahi jiwa Sakitnya pedih terasa Sendu memanah raga Menahan suka dalam derita Memintal sebak mendamba Menggulung lara terkesima Akhirnya jiwaku sengsara Bahang bara kian membara Rimba airmata tergenang jua Adamu bagaikan dalam tiada Bagaikan jasad tiada bernyawa Termangu aku tersimpuh hampa Kala merdekanya menjadi durhaka Tinggallah dunia pergilah semua Aku enggan lagi mahu bertanya Siapakah diriku buatmu sebenarnya Biarlah diriku ditenggelamkan masa Dalam kegelapan rimbunan gerhana Basnah Anna Hassan 26/6/2017 Singapura
Read More …


Read More …

Di penghujung rindu dakapan kalbu Kususuri lorong buntu jalanan berliku Mengamit sepi kekosongan kian bertamu Keheningan syawal hanyalah lakaran sendu Menyelinap pedih di setiap rongga nafasku Kusekam impian bersama doa dan harapan Jadikanlah syawal ini terakhir dalam impian Agar tidak aku terbelenggu dalam kerinduan Pada sebuah nama sakitnya aku kehilangan Kala kembara ini gerhana sepi kekontangan Oh Tuhan....jadikan syawal ini terakhir buatmu Agar perjalananku berdestinasi punya hala tuju Tidak aku terpenjara diperangkap oleh belenggu Pada kegusaran putaran hampanya detik waktu Kala kepedihan tidak lagi mampu buat ku rindu Basnah Anna Hassan 26/6/2017 Singapura
Read More …


Read More …


Read More …


Read More …


Read More …


Read More …